Monday 16 November 2020

Tips yang perlu peniaga yang baru (Newbie) di Shopee

 

1. Tingkatkan Kepercayaan Pengunjung Shopee.

Di dalam Shopee ada kriteria-kriteria tertentu yang perlu kita patuhi, dan ianya akan di pantau oleh pihak Shopee. Jadi maksudnya, kita tak boleh melakukan sesuka hati je. Menipu apatah lagi. Segalanya akan dinilai dan dipantau oleh pihak shopee dan juga pembeli.

Andai tersalah langkah pihak shopee akan memberi penalti kepada kedai kita, seterusnya akan meninggalkan kesan yang buruk untuk perkembangan kedai kita di Shopee. 

 


Rujuk kepada gambar contoh Seller Shopee yang dah berjaya di atas. Kalau di lihat pada bulatan merah yg saya buat pada gambar tersebut, menunjukkan perkara-perkara penting yang dinilai oleh pihak Shopee keatas kedai kita, antaranya seperti berikut:

Products : Jumlah produk yang kita upload dan jumlah barang yang ada dalam shop kita.

Followers : Jumlah yang mengikuti anda.

Chat Performance : Kepantasan anda membalas setiap Chatting yang masuk.

Rating : di beri berdasarkan jumlah Produk yang telah saller jual. 

Sudah tentulah perkara-perkara di atas akan dinilai juga oleh bakal-bakal pembeli di laman web shopee. Pelawat yang masuk akan membuat perbandingan berdasarkan perkara-perkara tersebut.

Semakin tinggi rating yang anda dapat pada setiap perkara tersebut, semakin tinggilah tahap kepercayaan yang anda bakal perolehi.


2. Fokus Pada Produk Killer. 

Beri perhatian kepada satu produk terlebih dahulu dan usahakan hingga dapat pembelian yang pertama. Produk itu mestilah produk yang hot (i.e. Killer Product) yang anda ada dan anda yakin dapat membuatkan pengunjung shopee tertarik dengan produk tersebut.

 Dalam hal ini , sebagai peniaga baru kita tak boleh tamak untuk cuba menjual semua barang-barang yang kita ada dan mengharapkan semua terjual. Jika pekara itu tak berlaku, anda akan jadi mudah putus asa.

 

Ingat setiap barang tersebut pasti ada pesaingannya. Dengan memberi fokus kepada hanya satu barang yang anda yakin mampu membuat jualan pertama anda dan ada yakin dapat bersaingan dengan penjual yang lain. ia pasti akan meningkatkan rating seperti yang dijelaskan pada point 1 di atas.

 

Fokus utama anda sebagai pemiaga baru, bukanlah kepada mencari seberapa banyak Jualan dapat di buat, tetapi fokus utama anda adalah mendapat jualan pertama terlebih dahulu,ia akan di ikuti dengan jualan kedua, ketiga dan seterusnya. Secara tak langsung ia akan membantu meningkatkan rating kedai maya anda sedikit demi sedikit.

Biar lambat asalkan dapat apa yang kita target, daripada tamak tapi langsung tak fokus dan gagal membuat sebarang jualan.


3. Cari produk yang sedikit lain dari yang lain, dan mempunyai permintaan yang tinggi. (Produk Unik)

Dalam point ketiga ini, ia penting untuk menguatkan point yang kedua tadi. 

 Contoh, jika anda menjual baju. Baju yang anda perlu fokuskan itu mestilah baju yang seller lain tak ada. seperti ada logo yang unik dan ciri-ciri lain seumpamanya dan anda yakin dapat menawan hati bakal pelangan. 

 Ia pasti akan meningkatkan kemungkinan anda untuk mendapatkan pembelian yang pertama.


4. Harga Jangan Terlalu Tinggi.

Survey dulu harga produk yg sama di pasaran shopee. Dengan itu anda akan dapat mengetahui berapa harga yang sesuai dan dapat bersaing dengan peniaga yang sedia ada.

Sebagai pemulaan, anda tak perlu fikirkan berapa keuntungan yang anda akan dapat, atau margin keuntungan yang anda akan perolehi. Cukup sekadar anda tidak rugi.

Ingat tadi , fokus utama anda adalah mendapat Jualan yang pertama.


5. Guna Shopee Ads untuk tingkatkan View.

Sebagai orang baru, anda perlu mengunakan bantuan Shopee Ads untuk meningkatkan View dan seterusnya meningkatkan Peratus kemungkinan Produk anda dibeli.

Shopee Ads adalah iklan berbayar yang mampu meletakkan produk anda di Page pertama dalam system carian shopee.

 Namun untuk memastikan anda tidak salah setting iklan shopee berbayar ini, ada beberapa teknik yang anda perlu dalami supaya duit yg anda gunakan tidak melebur begitu saja. 

Begitulah serba sedikit tips yang dapat dikongsikan di sini. Jika anda berminat untuk belajar berniaga di shopee secara serius dan lengkap, anda boleh dapatkan Panduan Belajar Shopee DI SINI

Semoga Bermanfaat 


Sunday 15 November 2020

Cara Terbaru Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020

Cara Terbaru Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020



Jualan secara online kini sudah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan. Antara platform terbaik sekarang adalah Shopee. Jadi jom kita tengok cara terbaru untuk daftar dan cara menjual di Shopee untuk tahun 2020.

Seperti yang dilaporkan, Shopee antara platform e-dagang terbesar di Malaysia dengan menerima lebih 200 juta untuk suku pertama untuk tahun 2019. Bayangkan anda mempunyai potential customer untuk membeli barangan anda yang anda pasarkan di kedai Shopee anda.

Antara kelebihan yang anda peroleh daripada berniaga di Shopee adalah:

·       Pendaftaran adalah PERCUMA

·       Potention customer sehingga 200 juta orang

·       Pendaftaran yang mudah

·       Platform yang mudah digunakan bagi urusan jual beli

·       Tak perlu guna Whatsapp pun untuk urus niaga

·       Tiada had pendapatan yang anda boleh perolehi (unlimited income)

·       Berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun dan banyak lagi

Sekarang pun, jika anda ingin berniaga dan buka sebuah kedai fizikal, paling kurang RM20k kena ada dalam tangan. Tu belum lagi mohon lesen perniagaan dan sebagainya. Belum tentu juga ada pelanggan yang akan datang di kedai anda tersebut.

 Berbeza dengan Shopee, kesemunya percuma dan anda boleh berniaga dari rumah pun. Yang penting ada telefon pintar atau laptop dan data internet untuk urusan jual beli.

 

Cara Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020

Tahun 2020 ini, Shopee telah mengguanakn interface yang baharu berbanding pada tahun 2019 sebelum ini. Pastinya lebih cantik dan mudah digunakan. Adalah lebih baik, anda mendaftar menggunakan laptop untuk pertama kali ini.

Daftar Akaun Shopee

Untuk anda membeli dan menjual di Shopee, anda perlu ada akaun Shopee. Jom daftar akaun Shopee terlebih dahulu

Langkah 1 - Taip pautan www.shopee.com.my dan klik butang Sign Up di sebelah kanan atas.

Langkah 2 - Masukkan nombor telefon yang aktif untuk anda gunakan

Langkah 3 - Kemudian anda perlu masukkan kod verifikasi yang diterima di handphone anda

Langkah 4 - Tetapkan password yang anda akan gunakan setiap kali untuk Sign In pada kemudian hari

Langkah 5 - Anda akan diberi username untuk anda gunakan secara auto. Anda boleh tukar yang lain di profile nanti. Siap akaun Shopee anda.

Daftar Akaun Seller (Penjual)

Anda sudah ada akaun Shopee, kini anda sudah dibenarkan untuk membeli di Shopee. Tetapi untuk menjadi Seller atau ingin menjual, anda kena daftar yang lain pula iaitu dibahagian Seller Centre.

Langkah 1 - Pergi ke www.shopee.com.my dan klik Seller Centre di bahagian kiri atas

Langkah 2 - Tik pada kotak I have read... dan klik Accept.

Langkah 3 - Masukkan alamat atau lokasi anda bagi tujuan maklumat seller dan jika sudah siap, klik Confirm

Langkah 4 -  Langkah ini penting untuk anda siapkan kedai Shopee anda. Anda klik pada Shop Profile. Apa yang perlu anda buat adalah:

·       Tukar nama kedai lebih profesional

·       Masukkan logo dan gambar

·       Isikan Shope Description

·       Masukkan maklumat ringkas mengenai kedai anda

·       Nama company

·       Nombor SSM (sekiranya ada. Lebih baik ada bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan)

 

Langkah 5.  Klik My Shipping. Disini terdapat 3 pilihan yang anda perlu tahu

  1. Shopee Supported Logistic SSL

Secara ringkas, anda akan post mengguanakn Airway Bill (AWB) dan anda perlu print. Sesuai untuk barang ready stock. Secara default, Shopee akan on kan DHL dan J&T, untuk pilihan Poslaju dan Ninja Van anda perlu mohon sendiri.

Jadi bahagian ini, semuanya automatik. Selain itu, shipping cost akan ditentukan oleh Shopee dan duit shipping juga akan masuk ke Shopee terus. Bukan melalui anda.

 

  2. More Shipping Option (Others)

Pada bahagian ini, anda boleh tentukan shipping cost anda. Anda perlu gunakan borang pengeposan yang anda boleh dapatkan di kaunter syarikat kurier tersebut. Anda perlu masukkan nombor tracking sendiri dan tetapkan kos postage anda sendiri dan dapat kepada anda.

  3.  Shipping Fee Included

Pada bahagian ini, jika anda on kan seolah-olah anda menjual barang yang kosnya termasuk harga postage. Anda tentukan shipping mana sesuai dengan kedai anda.

Langkah 6 -  Kemudian anda perlu tetapkan bahagian payment. Anda perlu ke Setting > Basic Setting dan pilih Payment Setting. Anda perlu tetapkan wallet sendiri dimana segala bayaran daripada pelanggan akan masuk ke sini. Tekan Create (update) dan tetapkan pin number > send OPT dan masukkan kod yang diberikan kepada anda dan klik Next dan Confirm.

Langkah 7 - Tetapkan Bank Akaun anda pula bagi pindahkan wang daripada wallet ke akaun bank anda. Barulah boleh withdraw nanti. Pergi bahagian Finance > Bank Account dan klik Add Bank Account. Pilih bank yang anda ingin gunakan dan masukkan no akaun.

Selesai untuk daftar akaun Shopee dan daftar kedai Shopee sebagai Seller. Kemudian cara untuk masukkan produk ke kedai kita pula.

 

Cara Masukkan Produk Ke Kedai Shopee Kita

Adalah digalakkan menggunakan komputer atau laptop serta sudah sediakan segala gambar produk terlebih dahulu.

1.  Pergi ke bahagian dashboard Seller Centre dan klik My Products.

2.  Kemudian klik pada Add New Product untuk mula masukkan segala maklumat berkaitan produk yang anda jual.

3.  Seterusnya pilih kategori produk anda. Anda tulis nama produk anda dan Shopee akan beri cadangan kepada anda, sekiranya anda tidak pasti. Ataupun pilih sahaja others. Sudah selesai klik Next. 

4.  Disinilah anda perlu masukkan butiran atau details berkaitan produk anda. Antara yang anda perlu masukkan adalah seperti berikut:

·       Nama produk

·       Description produk dan hashtag (keyword)

·       Nama brand produk anda

·       Fungsi

·       Harga barang

·       Bilangan stok barang

·       Variasi barang jika anda (warna, berat, bau dan sebagainya)

·       Masukkan gambar produk banyak-banyak

·       Berat produk anda

·       Saiz produk anda

·       Pilih dan on kan kurier yang anda nak guna untuk pos

·       Barang anda pre-order atau sebaliknya.

·       Kondisi produk

Jika sudah selesai semuanya, klik Publish.

Tahniah! Kini produk anda sudah boleh dilihat oleh buyer atau pelanggan yang menggunakan Shopee. 

Tips! Klik pada Boost Now untuk naikkan barang anda ke rangking yang lebih atas. Senang cerita produk anda akan lebih mudah dilihat oleh pelanggan lain. Anda boleh buat 5 produk serentak selang 4 jam sehari. 

Diharap anda faham perkongsian berkaitan cara daftar dan menjual dengan menggunakan Shopee untuk tahun 2020 ini. 

 

Panduan Lebih Mendalam Cara Bisnes Shopee Sehingga Mampu Capai 4 Angka Seminggu

Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari bagi memaksimakan penggunakan Shopee seperti cara pos, cara pelanggan claim warranty, lebih terperinci berkaitan SSL, buat iklan di Shopee, refund/return, semak bayaran dan banyak lagi.

Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan kesemuanya, lengkap from a-to-z bagi menggunakan Shopee ini. Panduan bisnes Shopee ini juga akan kongsikan tempat untuk buat dropship, strategi pemasaran, melakukan urusan menggunakan n aplikasi Shopee di telefon pintar dan banyak lagi.

Ianya juga akan kongsikan rahsia bisnes Shopee sehingga mampu menjana 4 angka seminggu dengan hanya berniaga di Shopee sahaja. Dengan harga RM100 sahaja, anda akan dapat sehingga 4 ebook bersama-sama FB group support. eBook tu pula akan sentiasa update tau dan anda akan dapat percuma selamanya jika sudah membelinya.

Untuk mendapatkan panduan bisnes Shopee tersebut, anda boleh klik pautan di bawah ini

https://tinyurl.com/bsshopee

 

Semoga bermanfaat dan Selamat Maju Jaya !