Cara
Terbaru Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020
Jualan secara online kini sudah menjadi pilihan utama bagi
mereka yang ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan. Antara platform terbaik
sekarang adalah Shopee. Jadi jom kita tengok cara terbaru untuk daftar dan cara
menjual di Shopee untuk tahun 2020.
Seperti yang dilaporkan, Shopee antara platform e-dagang terbesar di Malaysia
dengan menerima lebih 200 juta untuk suku pertama untuk tahun 2019. Bayangkan
anda mempunyai potential customer untuk
membeli barangan anda yang anda pasarkan di kedai Shopee anda.
Antara kelebihan yang anda peroleh daripada berniaga di Shopee adalah:
·
Pendaftaran adalah PERCUMA
·
Potention customer sehingga 200 juta orang
·
Pendaftaran yang mudah
·
Platform yang mudah digunakan bagi urusan jual beli
·
Tak perlu guna Whatsapp pun untuk urus niaga
·
Tiada had pendapatan yang anda boleh perolehi (unlimited income)
· Berfungsi 24 jam sehari, 365 hari setahun dan banyak lagi
Sekarang pun, jika anda ingin berniaga dan buka sebuah kedai
fizikal, paling kurang RM20k kena ada dalam tangan. Tu belum lagi mohon lesen
perniagaan dan sebagainya. Belum tentu juga ada pelanggan yang akan datang di
kedai anda tersebut.
Berbeza dengan Shopee, kesemunya percuma dan anda boleh berniaga dari rumah pun. Yang penting ada telefon pintar atau laptop dan data internet untuk urusan jual beli.
Cara Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2020
Tahun 2020 ini, Shopee telah mengguanakn interface yang baharu berbanding pada tahun 2019 sebelum ini. Pastinya lebih cantik dan mudah digunakan. Adalah lebih baik, anda mendaftar menggunakan laptop untuk pertama kali ini.
Daftar Akaun Shopee
Untuk anda membeli dan menjual di Shopee, anda perlu ada akaun Shopee. Jom daftar akaun Shopee terlebih dahulu
Langkah 1 - Taip pautan www.shopee.com.my dan klik butang Sign Up di sebelah kanan atas.
Langkah 2 - Masukkan nombor telefon yang aktif untuk anda gunakan
Langkah 3 - Kemudian anda perlu masukkan kod verifikasi yang diterima di handphone anda
Langkah 4 - Tetapkan password yang anda akan gunakan setiap kali untuk Sign In pada kemudian hari
Langkah 5 - Anda akan diberi username untuk anda gunakan secara auto. Anda boleh tukar yang lain di profile nanti. Siap akaun Shopee anda.
Daftar Akaun Seller
(Penjual)
Anda sudah ada akaun Shopee, kini anda sudah dibenarkan untuk membeli di Shopee. Tetapi untuk menjadi Seller atau ingin menjual, anda kena daftar yang lain pula iaitu dibahagian Seller Centre.
Langkah
1 - Pergi ke www.shopee.com.my dan klik Seller Centre di bahagian kiri atas
Langkah 2 - Tik pada kotak I have read... dan klik Accept.
Langkah 3 - Masukkan alamat atau lokasi anda bagi tujuan maklumat seller dan jika sudah siap, klik Confirm
Langkah
4 - Langkah ini penting untuk anda siapkan kedai Shopee anda.
Anda klik pada Shop Profile. Apa
yang perlu anda buat adalah:
·
Tukar nama kedai lebih profesional
·
Masukkan logo dan gambar
·
Isikan Shope Description
·
Masukkan maklumat ringkas mengenai kedai anda
·
Nama company
·
Nombor SSM (sekiranya ada. Lebih baik ada bagi meningkatkan
kepercayaan pelanggan)
Langkah 5. Klik My Shipping. Disini terdapat 3 pilihan yang anda perlu
tahu
1. Shopee Supported Logistic SSL
Secara ringkas, anda akan post mengguanakn Airway Bill (AWB) dan anda perlu print. Sesuai untuk barang ready stock. Secara default, Shopee akan on kan DHL dan J&T, untuk pilihan Poslaju dan Ninja Van anda perlu mohon sendiri.
Jadi bahagian ini, semuanya
automatik. Selain itu, shipping cost akan ditentukan oleh Shopee dan duit
shipping juga akan masuk ke Shopee terus. Bukan melalui anda.
2. More Shipping Option (Others)
Pada bahagian ini, anda boleh tentukan shipping cost anda. Anda perlu gunakan borang pengeposan yang anda boleh dapatkan di kaunter syarikat kurier tersebut. Anda perlu masukkan nombor tracking sendiri dan tetapkan kos postage anda sendiri dan dapat kepada anda.
3. Shipping Fee Included
Pada bahagian ini, jika anda on kan seolah-olah anda menjual barang yang kosnya termasuk harga postage. Anda tentukan shipping mana sesuai dengan kedai anda.
Langkah 6 - Kemudian anda perlu tetapkan bahagian payment. Anda perlu ke Setting > Basic Setting dan pilih Payment Setting. Anda perlu tetapkan wallet sendiri dimana segala bayaran daripada pelanggan akan masuk ke sini. Tekan Create (update) dan tetapkan pin number > send OPT dan masukkan kod yang diberikan kepada anda dan klik Next dan Confirm.
Langkah 7 - Tetapkan Bank Akaun anda pula bagi pindahkan wang daripada wallet ke akaun bank anda. Barulah boleh withdraw nanti. Pergi bahagian Finance > Bank Account dan klik Add Bank Account. Pilih bank yang anda ingin gunakan dan masukkan no akaun.
Selesai untuk daftar
akaun Shopee dan daftar kedai Shopee sebagai Seller. Kemudian cara untuk
masukkan produk ke kedai kita pula.
Cara Masukkan Produk Ke
Kedai Shopee Kita
Adalah digalakkan menggunakan komputer atau laptop serta sudah sediakan segala gambar produk terlebih dahulu.
1. Pergi ke bahagian dashboard Seller Centre dan klik My Products.
2. Kemudian klik pada Add New Product untuk
mula masukkan segala maklumat berkaitan produk yang anda jual.
3. Seterusnya pilih kategori produk anda. Anda tulis nama produk anda dan Shopee akan beri cadangan kepada anda, sekiranya anda tidak pasti. Ataupun pilih sahaja others. Sudah selesai klik Next.
4. Disinilah anda
perlu masukkan butiran atau details berkaitan produk anda. Antara yang anda
perlu masukkan adalah seperti berikut:
·
Nama produk
·
Description produk dan hashtag (keyword)
·
Nama brand produk anda
·
Fungsi
·
Harga barang
·
Bilangan stok barang
·
Variasi barang jika anda (warna, berat, bau dan sebagainya)
·
Masukkan gambar produk banyak-banyak
·
Berat produk anda
·
Saiz produk anda
·
Pilih dan on kan kurier yang anda nak guna untuk pos
·
Barang anda pre-order atau sebaliknya.
· Kondisi produk
Jika sudah selesai semuanya, klik Publish.
Tahniah! Kini produk anda sudah boleh dilihat oleh buyer atau pelanggan yang menggunakan Shopee.
Tips! Klik pada Boost Now untuk naikkan barang anda ke rangking yang lebih atas. Senang cerita produk anda akan lebih mudah dilihat oleh pelanggan lain. Anda boleh buat 5 produk serentak selang 4 jam sehari.
Diharap anda faham
perkongsian berkaitan cara daftar dan menjual dengan menggunakan Shopee untuk
tahun 2020 ini.
Panduan Lebih Mendalam
Cara Bisnes Shopee Sehingga Mampu Capai 4 Angka Seminggu
Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara yang anda boleh pelajari bagi memaksimakan penggunakan Shopee seperti cara pos, cara pelanggan claim warranty, lebih terperinci berkaitan SSL, buat iklan di Shopee, refund/return, semak bayaran dan banyak lagi.
Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan kesemuanya, lengkap from a-to-z bagi menggunakan Shopee ini. Panduan bisnes Shopee ini juga akan kongsikan tempat untuk buat dropship, strategi pemasaran, melakukan urusan menggunakan n aplikasi Shopee di telefon pintar dan banyak lagi.
Ianya juga akan kongsikan rahsia bisnes Shopee sehingga mampu menjana 4 angka seminggu dengan hanya berniaga di Shopee sahaja. Dengan harga RM100 sahaja, anda akan dapat sehingga 4 ebook bersama-sama FB group support. eBook tu pula akan sentiasa update tau dan anda akan dapat percuma selamanya jika sudah membelinya.
Untuk mendapatkan panduan bisnes Shopee tersebut, anda boleh klik pautan di bawah ini
Semoga bermanfaat dan
Selamat Maju Jaya !
Assalamualaikum Wr Wb
ReplyDeleteAdakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.
√ Pinjaman Perniagaan Besar
√ Pinjaman Perniagaan Kecil
√ Pinjaman Rumah Baru
√ Pinjaman kereta
√ Pinjaman Ladang Besar atau kecil
√ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek
√ Memulakan pinjaman perniagaan
√ Koperasi Pinjaman
√ Pinjaman untuk Projek sedia ada
Mengapa anda perlu memilih kami.
+ Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah
+ Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.
+ Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.
+ Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.
+ Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,
Maklumat anda selamat dengan kami.
Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.
Hubungi kami dengan:
Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
Whatsapp :: +1 (409) 213 4322 Or +1(386)628 3904
atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.
Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com
Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.